Taska Bermodulkan Pendidikan Al-Quran Seawal 1000 Hari Yang Pertama

Diriwayatkan oleh At-Tabrani dari Ali bin Abi Thalib RA bahwa Rasulullah SAW bersabda

“Didiklah anak-anakmu atas tiga hal: mencintai nabimu, mencintai ahli baitnya dan membaca Alquran. Sebab, orang yang mengamalkan Alquran nanti akan mendapatkan naungan Allah pada hari ketika tiada naungan kecuali dari-Nya bersama para nabi dan orang-orang yang suci.”

Al Baghdadi Childcare Centre

Al Baghdadi ingin menolong para ibubapa yang sibuk bekerja dan ingin membentuk peribadian akhlak kanak kanak pada usia yang awal
Kami menitik beratkan pendidikan Al Quran seawalusia 2 bulan – 4 tahun. Di Taska Al-Baghdadi Permaisuri juga mempunyai tenaga pengajar yang terlatih

Pernah Dengar Mengenai Long Term Potentiation (LTP) & Prime Time Education (PTE) ?

Kajian menunjukkan apa sahaja yang DIPELAJARI atau DIALAMI oleh anak sepanjang usia 3 tahun pertama akan menjadi pembelajaran dan pengalaman yang kekal. Pengalaman SOSIO EMOSI menjadi asas kepada perwatakan dan keperibadiannya apabila dewasa

Mengapa Perlu Sertai Al Baghdadi?

Taska Yang Berpengalaman

Taska Al Baghdadi mula beroperasi pada tahun 2017 sehingga kini

Pembelajaran Al-Quran

Menekankan sesi pembelajaran Al-Quran untuk anak-anak pada usia yang awal

Guru Yang Efektif dan Komited

Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi

Jangan Ambil Ringan Pendidikan Anak-Anak Anda Walaupun Mereka Masih Kecil !!

Kurikulum Di Taska Al Baghdadi Menekankan Al-Quran dan Pembentukan Akidah Yang Baik Pada Usia Seawal 2 Bulan - 4 Tahun

Modul PEMBELAJARAN Al Quran berdasarkan kepada TAHAP perkembangan kognitif, emosi dan fizikal anak mengikut tahap usia anak [0 – 12 bulan] ; [1 – 2 tahun] ; [2 – 3 tahun] dan [3 – 4 tahun].

Pendekatan Ceria

Penekanan Al-Quran & Akidah

Pembelajaran Bertahap

Pandangan Tokoh Tentang Kepentingan Pendidikan Awal

Pandangan Imam Ghazali

  • Kanak-kanak harus dididik sejak lahir
  • Bayi wajib dijaga oleh wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya
  • Didik kanak-kanak dengan agama, adab serta ibadah

Imam Al-Ghazali dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi di Kampung Ghazalah Daulayah Qursan, Parsi. Nama Sebenar ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan Pensyarah di Universiti Pengajian Nizamiah.

Pandangan Ibn Khaldun

  • Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara berperingkat
  • Memberi contoh konkrit yang mudah difahami melalui pancaindera mereka
  • Pembacaan Al Quran di ajar sebelum mula menghafaznya
Nama sebenar Ibn Khaldun ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun Al- Hadrami. Dilahirkan di Tunis pada tahun 732H (1331M). Merupakan seorang sarjana Islam dalam bidang sejarah dan sosiologi serta sebagai tokoh agama dan politik terkenal pada kurun ke-8 Hijrah.

Pandangan Maria Montessori

Asas pembentukan kurikulum kanak-kanak:-

  • Minda Mudah Menyerap
  • Persekitaran Tersedia
  • Bahan Pembelajaran
  • Tempoh Kritikal
Maria Montessori dilahirkan di Ancona, Itali pada tahun 1870. Beliau merupakan doktor wanita pertama Itali pada usia 26 tahun. Menubuhkan Sekolah Kanak-kanak Cacat di Rome pada tahun 1899 dan juga berpengalaman mendidik kanak-kanak terencat akal.

Contoh Kejayaan Pendidikan Awal

Imam As Syafie

  • Stimulasi ayat suci Al-Quran setiap hari.
  • Ransangan kognitif (Stimulasi) yang berterusan
  • Neuron-neuron dalam otak Imam Syafie akan bekerja dengan aktif.
  • Maka terbentuk jaringan neuron yang kuat sehingga menghasilkan wadah kognitif dengan semangat luar biasa!

Sultan Muhammad Al Fatih

  • Bayi biasa tapi dibesarkan oleh ibubapa yang bercita-cita besar,
  • TABAH dan SABAR dalam mendidik anaknya.
  • Umur belasan tahun sudah:-
    1.menguasai 6 bahasa
    2.kepakaran bidang ketenteraan,
    3.sains dan matematik.
  • Dialah yang berjaya menakluki kota konstatinopal pada umurnya 21 tahun.

Abdul Rahman Fareh

Walaupun hakikat bahawa kanak-kanak Algeria Abdul Rahman ini yang tidak melebihi tiga tahun, tidak dapat membaca satu perkataan yang ditulis, tetapi dia dapat menghafaz melalui mendengar ayat-ayat Al-Quran

Pendidikan APEP1000 Kurikulum Di Taska Al Baghdadi Menggunakan Modul Pendidikan APEP1000

Modul APeP1000 menggunakan pendekatan bahawa belajar adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyeronokkan dengan memberi penekanan kepada PRIMA SITUASI PEMBELAJARAN yang memberi peluang kepada anak mendapat ASAS Al Quran yang secukupnya. Fokus utama Taska Al Quran Al Baghdadi ialah berkonsepkan pembangunan SAFA yang merujuk kepada aspek Sosio Emosi, Al Quran, Fizikal dan Akidah.

Falsafah

Pembelajaran Kekal Long Term Potentiation (LTP) & Prime Time Education

Konsep

Menerapkan Konsep SAFA Iaitu Sosio Emosi, Akidah, Fizikal & Al-Quran

Prinsip

7 Prinsip Ini Akan Menanam Sifat Yang Positif Terhadap Kanak-Kanak

7 Tunjang Pembelajaran di Al Baghdadi

7 Prinsip Taska Al-Quran

Pemerkasaan Potensi

Selanjutnya
Setiap anak lahir telah memiliki Potensi Tersedia untuk cemerlang dunia dan akhirat

Menanamkan Sifat

Selanjutnya
Bermula 4bulan dalam Rahim ibu hingga 3 Tahun pertama adalah Tempoh prima pembelajaran yang paling KRITIKAL untuk membina Asas Intelek,sahsia dan kecintaan Al quran

Bahasa Awal Kanak-Kanak

Selanjutnya
Bahasa ialah satu yang asing kepada setiap anak semasa di lahirkan sepertimana Al quran.oleh itu Al quran boleh menjadi sebahagian bahasa anak sekiranya Al quran di dengarkan dan di ajar pada usia Yang sangat Awal.

Mengadakan Program Asas Kanak Kanak

Selanjutnya
Pembangunan setiap anak boleh direalisasikan sekiranya IBU BAPA Dan PRAKTISIONER berusaha memberikan stimulasi dan program pengasasan awal sejak anak dalam kandungan secara berterusan dengan keutamaan diberikan kepada usia anak 3tahun pertama

Pendidikan Anak-Anak

Selanjutnya
Ibubapa dan praktisioner perlu memiliki pengetahuan dan KEMAHIRAN bagi menyempurnakan fungsi dan tanggungjawab sebagai pendidik utama dan permata.

Membentuk suasana yang positif

Selanjutnya
Anak disediakan dan didedahkan dengan persekitaraan dan Situasi Pembelajaran yang kondusif,ceria,kemas,bersih dan selamat.

Melahirkan Generasi Genius

Selanjutnya
Apabila konsep SAFA dan pendidikan awal al Quran di amalkan oleh sebahagian besar keluarga Sehingga ia menjadi kebiasaan maka akan lahirlah generasi Genius Al Quran

Pengiktirafan Profesional

Jom Sertai Kami

Pendidikan pada usia awal anak-anak adalah LEBIH PENTING dari pendidikan di universiti. Pada Usia ini anak-anak tidak tahu memilih. segalanya diterima tanpa sebarang bantahan.